Thursday, August 1, 2013

ELKEN is No 1

As Salam..
MLM mmg orang will have bad expression about the term..tapi..sebenarnya we must in the right company with the right marketing plan..so that kita tak akan rugi and tertipu..
However, its depends on us how to handleit..

This is why I choose ELKEN..;) enjoy yhe video




Ketahuilah peristiwa-peristiwa penting yang meletakkan Elken sebagai jenama kelahiran tempatan yang menjadi salah satu syarikat Jualan Langsung Terkemuka di Malaysia.

DSN Global 100 - 2012

Elken tersenarai sebagai syarikat jualan langsung penjana-hasil 100 teratas global dalam tahun 2012 oleh majalah Direct Selling News, sebuah penerbitan antarabangsa dari Amerika Syarikat yang memaparkan berita-berita tentang industri dan kewangan MLM. Berkedudukan 65 dalam carta, Elken sememangnya syarikat jualan langsung Malaysia terunggul secara global.

Syarikat Jualan Langsung Tempatan No. 1 - 2011/2012

Elken diisytihar sebagai syarikat MLM Malaysia No. 1 tahun 2011/2012 oleh Businesslogy, Pakar Laporan Perniagaan 50 Terbaik Malaysia, lantas mengiktirafkan Elken sebagai pilihan tempatan terbaik dalam industri MLM.

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan 2012

Frost & Sullivan, syarikat penyelidikan pasaran termasyhur dunia menganugerahkan 2 Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik 2012 kepada Elken BioPure, yakni Anugerah Strategi Barisan Produk dan Kepimpinan Khidmat Pelanggan dalam Pasaran Penapisan Air. Anugerah-anugerah ini merangkumkan Elken Bio Pure ke dalam Pengamal Amalan Terbaik 1% teratas dunia dan salah satu yang terbaik di dalam industri dalam kalangan negara Asia Pasifik.

Pusat Pengedaran Hijau Pertama di Malaysia 2011

Pusat Pengedaran Hijau Pertama di Negara ini yang mendapat pengesahan GBI telah mengadakan upacara memecah tanah baru-baru ini. Bangunan ini telah mendapat rating Perak berdasarkan 6 kriteria utama yang ditetapkan oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI) Malaysia, Pusat Pengedaran baharu Elken yang bernilai 60 juta ini menjadi bukti kepada inisiatif tanggungjawab Elken kepada pengekalan alam sekitar. Pusat ini dijangka beroperasi mulai Oktober 2012.

Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia Global 2010

Usaha Elken dalam perspektif strategi, pengurusan manusia, pengurusan prestasi dan pencapaian kecemerlangan adalah antaranya. Naib Presiden HR, Dr Henry Yeoh telah dianugerahi Anugerah Pride of HR Profession oleh the World HRD Congress di perhimpunan terbesar profesional HR.

Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2008, 2009

ELKEN Bio Pure telah dikurniakan Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest (Malaysia) untuk 2 tahun berturut-turut oleh sebuah barometer prestasi jenama terkemuka di Asia. Dalam kaji selidik jenama ini, pengguna yang dipilih secara rawak diminta untuk menilai imej kepercayaan jenama, kebolehpercayaannya, kualiti, nilai, memahami keperluan pengguna dan inovasi, ELKEN Bio Pure telah muncul sebagai satu-satunya Jenama yang Dipercayai dalam kategorinya yang dapat menyingkirkan hampir semua bahan cemar di dalam air.

Mohor Emas WQA 2008

Siri ELKEN Bio Pure Ken telah ditauliahkan Mohor Emas WQA S-300, salah satu daripada mohor pengiktirafan yang paling berprestij dan diperakui kualiti dan prestasinya dalam industri rawatan air. Sebagai satu daripada tiga penerima di seluruh dunia setakat ini, ELKEN Bio Pure ialah yang pertama dan satu-satunya sistem berasaskan membran di Asia yang mendapat pengiktirafan industri antarabangsa yang ketat ini. Elken Bio Pure ialah satu-satunya sistem penulenan (R.O.) di Asia yang ditauliahkan Mohor Emas WQA S-300, satu daripada 3 penerima di seluruh dunia. Sistem berprestasi tertinggi ini juga dikurniai sebuah pingat di Pameran Antarabangsa Geneva ke-36 serta Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest bagi tahun 2008 dan 2009. Ssementara itu, pasukan perkhidmatan lepas jualan Elken Service merupakan pasukan perkhidmatan terbesar di Asia Tenggara.

Pemenang Pingat Pameran Antarabangsa Geneva 2008

Pameran Ciptaan Antarabangsa Geneva menghimpunkan peserta dari lebih 45 buah negara setiap tahun dengan hadiah dan anugerah untuk inovasi. Pada Pameran Antarabangsa ke-36 yang berprestij ini, ELKEN Bio Pure telah muncul sebagai satu-satunya sistem osmosis songsang yang memenangi pingat kerana keinovatifannya.

Anugerah Usahawan Cemerlang 2003, 2008

Dianjurkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), ELKEN diiktiraf atas peranan dan usahanya membangunkan satu bangsa usahawan. Anugerah Usahawan Cemerlang disampaikan kepada 3 orang pengedar Elken sebagai pengiktirafan atas sumbangan besar mereka membangunkan manusia, perniagaan dan masyarakat.

Jenama Unggul Malaysia (Pilihan Pengguna) 2006

ELKEN telah dikurniai Jenama Unggul Malaysia (Pilihan Pengguna) pada 2006 sebagai pengiktirafan atas jenamanya yang boleh dipercayai dengan produk berkualiti unggul. Dalam Anugerah Pilihan Pengguna, kaji selidik dijalankan dengan ratusan pengguna dari kalangan pasaran. Pengguna diminta mengenal pasti jenama terbaik yang mewakili kekuatan, reputasi dan kebolehpercayaan jenama tersebut.

Penderma Terbanyak oleh Organisasi Tunggal dalam Sehari 2003, 2004, 2005

Dalam gerakan derma darah tahunan ELKEN, projek khidmat masyarakat ini telah diiktiraf sebagai penderma darah terbanyak oleh sebuah organisasi tunggal dalam sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan direkodkan dalam the Malaysia Book of Records pada 2003. Selama dua tahun berturut-turut, ELKEN memecahkan rekodnya sendiri untuk menambahkan lagi jumlah pendermaan sekali gus membawa kesejahteraan kepada lebih ramai pesakit.

Johan Kebangsaan 5S 2004

ELKEN berjaya menjadi syarikat jualan langsung pertama dalam industrinya yang mendapat pensijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Negara di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa. Selain itu, dalam Pertandingan 5S Antara Organisasi Negara 2004, syarikat kumpulan ELKEN memperoleh tempat teratas dalam 3 kategori berasingan. Anugerah 5S ini memaparkan pengamalan 5S terbaik dari segi tempat kerja, kecekapan dalam bidang logistik, khidmat pelanggan dan pendokumentasian korporat.

Anugerah Jenama Unggul - 2004

ELKEN telah dianugerahi Anugerah Kecemerlangan e-Usahawan Asia Pasifik ke-3 atas Kecemerlangan Jenama daripada lebih 300 pencalonan. Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada ELKEN yang berjaya menghadapi cabaran era elektronik bagi mempertingkatkan daya kompetitifnya ke arah globalisasi. Kriteria lain bagi anugerah ini termasuklah pembangunan budaya minda korporat berkualiti, pelaksanaan rancangan perniagaan yang strategik serta pencapaiannya sebagai peneraju perniagaan dengan kelebihan bersaingan.

Anugerah Kejujuran Perusahaan Keris - 2003

Bahagian pengilangan penulenan air ELKEN telah dianugerahi Anugerah Kejujuran Perusahaan Asia Pasifik Antarabangsa ke-2/Anugerah Kejujuran Perusahaan Keris Malaysia. Melalui kemenangan anugerah ini, ELKEN membuktikan prestasinya dalam industri ini melalui amalan dan perancangan baik perniagaan, pembangunan strategi pemasaran inovatif dan mendahului perindustrian elektronik dan pemodenan.

5 Pembangun Manusia Terbaik - 1997

Pada 1997, ELKEN muncul sebagai 5 Pembangun Manusia Terbaik dalam satu kaji selidik yang dikendalikan oleh Deloitte KassimChan dan The Edge. Dalam kajian ekstensif ini, 500 syarikat Malaysia dari semua sektor dikaji tentang penyertaan sosial, pembangunan kerjaya, pembelajaran dan inovasi perniagaan untuk memilih 5 yang terbaik di negara ini.

Pensijilan ISO Sistem Pengurusan Piawaian Dunia

ELKEN telah ditauliahkan pensijilan sejak 1998. Malah ia merupakan syarikat jualan langsung pertama yang diakreditasikan pensijilan ISO 9002 oleh SIRIM sejak 1998 kerana komitmennya terhadap kualiti dan kecemerlangan. Pada 2000, pensijilan ini telah dinaik taraf kepada ISO 9001:2000 untuk berfokus pada prinsip pengurusan berkualiti demi memenuhi kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan. ELKEN terus meningkatkan tahap pencapaian kecemerlangan kualitinya kerana ISO kini bersedia dinaik taraf kepada 9001:2008.


Let's Join Me..
EMA 012-9098764

No comments:

Post a Comment